Monday, July 9, 2012

Menu kicap kicap dan kicap

Macam biasa hubby request nak makan tapi kat rumah je...Maksudnya aku kena masak la...ok noted...isteri solehah yang menurut perintah (hehe puji diri sendiri jangan mare ekk). Menu simple je...bahan utama KICAP!!!...macam biasa di guide oleh buku RESEPI 1 hari 1 menu by Chef Hanieliza...memang gerenti jadi...yang penting kita sesuaikan dengan rasa kita...


Daging kicap bersama kentang dan bendi


                 

**1 biji bawang besar dihiris
**1 ulas bawang putih
**seinci halia
2 biji cili merah dipotong kasar
kicap
daging lembu RM5 (ikut suka tak tau gm...hehe)
2 sudu besar sos tomato
2 biji ubi kentang (dibelah 6...ikut suka nak belah berapa)
7-10 biji bendi

Cara2
Tumis bahan2 ** sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging, ubi kentang dan air. Biar daging sehingga lembut. Kemudian masukkan sos, bendi, cili merah dan kicap (anggaran kicap 1/2 cawan, ikut kepekatan kuah yang anda mahukan). Masukkan garam secukup rasa jika perlu. Sedia untuk dimakan.


Telur masak kicap




                 

4 biji telur goreng mata kerbau
**1 1/2 biji bawang besar dipotong kasar
**1 ulas bawang putih
**1 inci halia
**2 biji cili merah (kalau nak pedas guna cili padi)
2 sudu besar sos tomato
1/2 cawan kicap

Cara2
Tumiskan bahan ** hingga layu. Kemudian masukkan kicap dan sos. Perasakan dengan garam jika perlu sebab kicap tu dah masin. Lastly pourkan ke atas telur yang telah digoreng tadi. Sedap dimakan dengan nasi panas2....

Selamat mencuba!!!!

Monday, July 2, 2012

Chicken Chop Black Pepper

As Salam semua,


                       


Dah lama tak updates resepi. Sabtu lepas Adam request nak makan chicken chop tapi nak mama yang masak...wah...permintaan melambung2...ok2 akan cuba dipenuhi. So aku pun apa lagi.... buka la buku resepi yang ada aku beli tajuknya "365 resepi, 1 hari 1 resepi by Chef Hanieliza" . Wajib beli tau..boleh la jadi guide kita...aku adjust mengikut citarasa aku la...hehehe...

Jom intai resepi...

Bahan2
2 keping paha ayam (yang dibuang tulangnya)
2 sudu teh serbuk lada putih
4 sudu besar tepung serba guna (aku guna perisa kentucy perisa asli cap NONA)
***nak guna brand lain pun boleh

1 biji bawang besar didadu kecil
1 ulas bawang putih didadu kecil
2 sudu kecil serbuk lada hitam (nak letak lebih pun boleh ikut selera)
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap manis
1 kiub pati ayam (aku guna cap knor)
1 sudu kecil tepung jagung yang dibancuh dengan air (ikut kepekatan kuah yang anda mahukan)
air stok ayam
garam dan gula secukup rasa

CARA2
Ayam dibuang tulang dan diperap bersama lada putih. Ketepikan. Rebus tulang ayam untuk dapatkan stok ayam. Biarkan ia di dalam mangkuk. 

Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Masukkan air rebusan ayam tadi bersama kiub pati ayam, sos dan kicap. Sesuaikan rasa, masukkan garam dan gula. Akhir sekali masukkan air bancuhan tepung jagung tadi mengikut tahap kepekatan kuah atau sos black pepper yang anda mahukan.

Untuk ayam pula, golekkan ayam yg telah diperap ke atas tepung serbaguna tadi. Goreng di atas minyak yang panas sehingga masak (jangan garing sangat nanti ayam keras pulak...)

Then pourkan kuah sos black pepper tadi ke atas ayam yang telah siap digoreng. Hidangkan bersama mayonis dan kentang goreng. Sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba!!!

Thursday, June 21, 2012

Kisahnya Adam

Pagi ni seperti biasa menyiapkan diri untuk bekerja dan menghantar Adam ke sekolah. Tengok jam di tangan masih awal lagi. Alhamdulillah so hari ni mesti tak rushing on the road kan. Tiba2 on the way dalam 10 minit perjalanan telah terbuang.....mata aku ni beralih ke kaki Adam. Aku rasa nak menjerit sekuat hati....

Aku: "Adam....mana kasut sekolah?" (cuba bertenang mungkin adam ada bawak ada la bawah2 kaki dia kot)
Adam: "ala...mama...Adam lupa la...." (dengan nada rileks dan cool dia membelek kaki dia yang sedang pakai kasut angry birdnya....)

huhuhuu...angry betul aku terutamanya pada kasut angry bird dia tu.....aku pun apa lagi terjerit la...sebabnya dah la rumah jauh....patah balik...so hari ni aku kena guna laluan highway dan tidak menjadi pemandu berhemah sangat memecut 120km/j tu....takut puch card merah....soooorrriii Adam....

Moralnya kepada aku lepas ni kena tengok Adam from top to the end. Complete set ke sekolah baru masuk kereta...




Tuesday, June 19, 2012

Majlis Penyampaian Hadiah Adam


Assalammualaikum kepada semua yang sudi menjengah blog aku yang dah begitu lama terbiar. 

Entry kali ni sebab nak simpan sweet memories of Adam bagi Tahun 1. Memang ada letak post ni dalam FB. Tapi aku tak upload gambar banyak2. Aku simpan dalam blog je la...luahan aku..sebab aku rasa (ni yang aku rasa tau!) aku rasa...bukan ramai yg baca blog aku berbanding dalam FB. Nanti jatuh riak la pulak kan...

Tak bermaksud begitu cuma excited nak kongsi berita gembira tu je...Prestasi Adam menurun sebenarnya kalau nak dibandingkan waktu di Tadika PASTI...tapi aku tetap bersyukur. Bak kata kawan aku "kita kena bagi sokongan dan dorongan supaya anak rasa dihargai"...ada benarnya. Adam di dalam kelas no.2 di Sek Keb Pauh Jaya yang mempunyai 6 buah kelas. Bilangan murid Tahun 1 lebih kurang 200 orang (anggaran aku je yek...kalau salah MAAF!!!).

Dan yang sebenarnya Adam bukan dapat no.1 di dalam kelas...cuma no.5 je....dan kedudukan Adam bagi keseluruhan Tahun 1 no ke????? cuba teka????....huhuhuhu...no.21 tau!...Cara sek ni ialah 25 pelajar terbaik bagi setiap Tahun1/2/3/4/5 & 6 akan terima piala dan sijil....

Walaupun begitu, aku tetap bersyukur...sebab Adam bukan la seorang budak yang rajin di rumah. Kalau boleh 24jam masanya adalah di depan TV! huhuhuhu....so bila baru2 ni Adam bagitahu yang dia dapat 100 dalam matapelajaran tertentu...aku & hubby tertanya2 masa bila Adam ni belajar??? dan kami minta proof...ceh...nak evidence la pulak kan...sampai la masa cikgu panggil mak ayah ke sekolah...masa tu pun aku taktau lagi nak kena tengok kad laporan...sampai masuk ke kelas baru aku tahu...huhhu (1st timer la katakan...) 

Masa tu cikgu just bagi tengok markah anak kita je...yang lain2 ditutup dan dirahsiakan (memang betul la kan tindakan tu...) Lepas tu aku tengok Adam dapat C untuk subjek SENI....huhuhu...aku tanya Cikgu...Jawapan cikgu: Adam ni MALAS nak habiskan mewarna....huhuuhuhu...sebenarnya aku rasa dia ikut genetik aku & hubby yang memang FAIL bab2 SENI ni...cewah...nak salahkan genetik la pulak...

Ok la apa2 pun Tahun 1 ni Adam berjaya naik pentas....Aku harap Adam akan sentiasa berjaya naik pentas dari Tahun 1 hingga ke Tahun seterusnya (amin...)...kerana subjek serta tekanan yang menanti getting tougher and tougher dan budak yang pandai sekarang tidak terkira...itu adalah realitinya...

Panjang pulak entry kali ni...thanks kerana SUDI baca LUAHAN seorang MAMA MURID TAHUN 1







Saturday, September 17, 2011

Spaghetti Daging Rusa


Menu hari ni selepas tgk ada daging rusa yang tak habis lagi dalam peti ais...rasanya?? emmm....sedap! Hubby beli daging ni dari member sekolah menengah sebelum raya...So nak try tak resepi aku, simple jek...jom intai resepi k...


Bahan2nya

sebungkus spaghetti
1/3 kilo daging rusa yang diblend halus (kalau xde, guna je daging cincang saiz kecil jenama SAUDI @ yang anda suka) 
1 tin tomato puree (tapi aku guna 4 sudu besar jek, sebab x suka masam)
4 sudu besar cili boh (ikut tahap kepedasan yang kita suka ekk)
1 tin cendawan butang dihiris nipis (aku guna jenama REX)
3 labu bawang besar dipotong dadu
sedikit stok ayam
gula & garam


Ni di antara bahan2nya



CARA2
1- rebus spaghetti...masakkan air bersama sedikit minyak supaya spaghetti tak melekat2...bila air mendidih baru masukkan spaghetti tadi. rebus hingga kembang
2- tumiskan bawang hingga layu, masukkan daging cincang. Masukkan air, rebus biar daging empuk sedikit
3- setelah daging empuk, masukkan cili boh, tomato puree dan cendawan tadi.
4- perasakan kuah spaghetti tadi dengan stok ayam, gula & garam. jika mahukan kuah lebih, masukkan air sedikit. sesuaikan mengikut citarasa....
5- dah boleh makan....




SELAMAT MENCUBA!!!

Sunday, August 28, 2011

Suci Dalam Debu

Tajuknya menarik perhatian...ni kes sebab biskut/kerepek suci dalam debu yg aku tempah dah habis dimakan oleh???? aku la...hehhehe...makan dia tu macam tak rasa....asyik makan jek...last2 tengok dah habis...so apa lagi...mula la operasi mencari resepi...di mana ye....???? di Internet la...cari punya cari...explore demi explore dapat gak la aku yang berkenan di hati...

Nak buat dia senang je...dan bahan pun mudah dan ringkas...janji ada masa & minat nak buat tu jek...Confirm menu hari raya wajib setiap tahun lepas ni....sukenya....

Jom intai resepinya:

BAHAN2

1/2 cawan susu tepung @ horlicks (sebab xde horlicks aku guna susu tepung jek tu pun sedap gak!)
1/2 cawan gula pastu blend bagi halus
1 cawan nestum (blendkan nestum tadi jadi halus, dapat nestum madu pun ok gak cuma takut over manis, aku guna nestum original yg biasa je)
kulit popia (1pek popia yang 50 helai tu)

CARA2
Gunting kulit popia tadi menjadi menjadi 9 kepingan 4 segi samarata. (aku gunting x sama sangat pun...xpe tak kisah janji dapat).

Then gorengkan ia dengan api perlahan....goreng kejap je (5 saat dah) xyah sampai garing nanti rasa x sedap...toskan popia goreng tadi dengan tuala serap minyak...

Sementara kulit popia diserap minyak. boleh la buatkan serbuk2 suci dalam debu tadi ni....satukan nestum, gula dan susu tepung@horlicks dalam satu bekas...pastu pour ke atas popia yg telah digoreng tadi...Gaul rata semuanya.....

Dah siap cam gambar di bawah ni..



Pastu jangan lupa masukkan dalam bekas kedap udara kalo dak suci dalam debu dah tak suci hehehhe....kerana masuk angin dah tak rapuh & x sedap....

Selamat mencuba!!!

Tuesday, August 16, 2011

Doa Dhuha dengan liriknya


Doa Dhuha...selama ni susah sangat aku nak ingat/hafal. Lepas tu member kata ada dia jumpa dalam internet kumpulan UNIC ni buat lagu...so aku pi download la...terima kasih banyak...


Mari kita hayati kelebihan Solat Dhuha (ambil dari blogger: http://alivewire.wordpress.com/2007/06/09/kelebihan-solat-dhuha/)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”


Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)


Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”

(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)


Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.


Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.
Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)


Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

Sunday, August 7, 2011

Aiskrim Goreng



Mesti semua pernah dengar kan tentang Aiskrim goreng...saja la tetiba je nak try buat aiskrim goreng ni...memang sedap....tetapi bahaya..hhehehehe banyak kalori k....aiskrim yg digoreng memang Asia betul la kan....

Jom intai resepi....


BAHAN2

Roti
Aiskrim (aku guna aiskrim jenama NESTLE/WALLS)
bekas bulat
sedikit air

CARA2

1. Roti tadi kita stim/ kukus sket....kalo malas...gelekkan terus pun ok...cuma takut x dapat roti yg nipis...


2. Dah gelek, letakkan aiskrim perisa kesukaan kita

3. Tangkupkan ia....


4. then ambik bekas bulat yg ada dalam rumah kita...kreatifkan diri anda ok...hehehhe...

5. Siap....klim tepi dia bagi bercantum kedua2 roti tu...(gunakan air untuk lekatkan tepi2 roti tu)

6. Masukkan dalam bekas plastik...(plastic cling )...bekukan selama lebih kurang 5-6 jam...

7. Pastu boleh goreng....goreng ketika minyak betul2 panas...sekejap je...then angkat dan makan...so...so...delicious!!!!

Selamat Mencuba!!!

Air bandung Laici Shake


Tergoda tak???....huhuuhu...sedappp nih...x mo cakap banyak jom tgk resepi....


Memang terbaik....


BAHAN2

1 tin susu cair
1 tin laici
1 cawan air gula merah

CARA2

Semua bahan tadi diblen....air laici tadi pun blen sekali....
Pastu masukkan dalam jug...tak payah tambah air lain dah...dah cukup rasa manisnya...masukkan ketul ais....sedia untuk diminum buat penghilang dahaga di bulan Ramadhan....Pasti terangkat....

Selamat mencuba!!!


Tuesday, August 2, 2011

Puding Caramel




Kisah Puasa ke 2...x sempat nak updates. Bz ngan keje yg belambak kat opis tu...

Hari ni baru hari ke2 berpuasa...oke sket daripada 1st day...Semalam, memang rasa sangat letih (astaghfirullahalazim...) begitulah adat puasa hari pertama...hehehhe...tetiba kat opis tadi kawan aku Kak Faie (mak buyung tengah tunggu masa je ni)...request kata nak makan puding caramel...lepas tu berbangkit la isu karamel yang dijual di pasar ramadhan tu tak la sedap mana dan harga pun boleh tahan....

sebut pasal puding caramel ni pun antara peberet aku dan anak teruna aku, Adam...so sampai rumah hari ni aku tengok jam baru pukul 6.20ptg, sempat lagi nak memasak....apa lagi mula la mengeluarkan bahan2 tuk puding ni....cari susu Ideal takde, aku bedal je la susu cair brand lain, janji ada susu cair kan....

Jom kita intai & try buat puding ni....(resepi ehsan daripada Kak Farid aka sifu masakan di bilik opis aku hehhehehe....)

BAHAN2

4 sudu besar gula (untuk dibuat caramel)
1 Cawan air
3/4 cawan gula pasir
6 biji telur
1 tin susu cair (kalau boleh guna brand IDEAL)
1 penutup penuh esen vanila (sori kak farid saya ubah sukatan, tak nak rasa sgt telur tu)
secubit garam

CARA2

Mula2 buat caramel : masukkan 4 sudu besar gula ke dalam loyang...letakkan atas api...hangitkan gula sehingga cair dan berwarna keperangan...ketepikan biar ia beku (kejap je dia nak beku nih...5minit je...tak perlu masukkan ke dalam peti ais, biar di luar je)



Sementara tunggu caramel beku..... masukkan telur di dalam bekas besar, kacau dgn senduk kayu...pastu campurkan gula...kacau lagi...masukkan susu cair, air, esen vanila & secubit garam....dah sebatikan....then pour ke dalam loyang yang berisi caramel beku tadi....masukkan ke dalam kukusan...Kukus puding 15 minit je...takleh lebih daripada itu(ikut pesanan sifu)....kalau tak telur terlebih masak, hasilnya puding caramel tak sedap.....



bagi selera aku, aku suka kalau puding ni dimakan sebaik saja masak....kalau dah sejukkan dalam peti ais nanti air gula tu beku sangat dan hasilnya puding rasa manis sangat....tapi ikut citarasa masing2 k....

Mudah kan....30 minit je dah boleh siap....Selamat try resepi mudah ni...

Friday, July 29, 2011

Muffin Choc Chip Gebu's






Petang ni boring...taktau nak buat pe...ceee...kononnya la sedangkan banyak keje lain yang tertangguh...cam buat soalan final exam...due next week tu kena hantar huaaaaa...malas betul la kalau nak buat keje opis di rumah...tapi kalau nak buat kat opis memang masa tu tak cukup...takpe la kita release tension sket ngan buat muffin ekkk

jom try buat muffin yang gebu...muffin yang baik jika kita berjaya buat muffin tu merekah, lembut dan gebu...Nak gebu mesti ada bahan susu segar & muffin ni kita takleh pukul sangat sebenarnya...(cewaaahhh cam chef pulak...ni yang biasa saya dok buat sebenarnya, kalau saya salah maafkan saya k)


Gambar flash terang sangat la pulak....


BAHAN2

2 cawan tepung naik sendiri
secubit garam
1 cawan gula halus
1 biji telur
1 cawan susu segar
1/3 cawan minyak masak
1 cawan chipsmore

CARA2

Tepung, garam, chipsmore dan gula disatukan di dalam bekas dan gaul hingga sebati (ambik senduk kayu je). Kemudian buat lubang di tengah...
telur dipukul (cam buat telur dadar tu), masukkan susu dan minyak masak sebatikan....masukkan bancuhan ini ke dalam lubang di dalam mangkuk yang berisi tepung tadi. Kaupkan tepung dan bancuhan telur tadi dalan 5-4kali je...memang bancuhan ni akan berketul sedikit...tapi takpe memang buat muffin begitu teksturnya...

Panaskan kukusan. Sementara tunggu ia panas sedikit, sudukan bancuhan ke dalam bekas muffin (kalau nak senang guna acuan aiskrim scoop tu)...letak hingga 3/4 di dalam cup muffin tadi...susun atas dulang...ok boleh masukkan ke dalam kukusan kita tadi. Biar dalam 20minit. Muffin sedia untuk dimakan.....

Mudah je kan....Ok selamat mencuba!!!!

Thursday, July 28, 2011

Tempahan Kek Sesi Julai 2011

Ayat kat atas...cam nak mula kelas jek ekk...hahahhaha...tempahan kali ni ada 2 jenis...maklum la dah ada inovasi sket...tapi sikit je pun...Kek coklat & Blueberry Cheese cake....
Tempahan daripada student, kawan opis & kawan opis hubby...semua nak tempah buat juadah sebelum berpuasa...

Student DLS5A & DAT5C : "Pn...pn buat lagi dak kek coklat? kami nak2 tempah blh dak?"
Pn Norisah : "Kek? buat...cuma per request, kalo ada org nak baru buat hehhehehe...boleh...nak berapa bijik & bila?"
Student DLS5A & DAT5C: "Jumaat ye pn, saya nak balik kg...."
Pn Norisah: "Ok"

Tetiba ada gak tempahan last minit ptg tadi...tapi xpe rezeki la tu kan...Alhamdulillah...syukur...insyaAllah akan disiapkan....

Student DLS5A & DAT5C ni semua ex student...sem ni aku tak ajaq depa dah...mesti depa suka kan...sebab Pn Norisah ni garang kan....hehehhe...Terima kasihdi atas tempahan semua k...Lain kali tempah lagi...

Selamat Menjamu Selera....






Blueberry Cheese Cake sekilo RM35 je...

Sunday, July 24, 2011

Oreo Ice Cream Cake

Alhamdulillah....syukur ke hadrat Ilahi, aku masih ada kekuatan dan masa untuk updates blog yang dah bercuti selama hampir 1/2 tahun....Sesungguhnya masa itu amat berharga dan begitu singkat sekali...tetiba aku emosi...hehhehehe...Sebenarnya aku bz sangat2...bukan tak mau updates.

Oleh kerana begitu ramai yang dambakan coretan daripada aku, aku updates la yek... (@_@):

Kali ni aku berjaya siapkan satu lagi resepi mudah yang boleh dikongsi bersama. Ya sangat mudah dan simple, even kanak2 pun boleh buat...tak tipuuu ekkk....

Kek ni sempena Harijadi Adam yang Ke-6.

"Semoga Allah sentiasa mengkabulkan permintaan Adam & semoga Adam menjadi anak yang soleh dan berjaya di dalam apa jua yang diceburi...amin"


Asyik kek coklat jek...try inovasikan sket selepas aku explore resepi demi resepi melalui online... Jom tengok & jangan lupa try tau CONFIRM jadi....




Pour adunan kek di dalam loyang kek



Taburkan lebihan oreo tadi di atas kek



Kek dah siap dimakan....yummy!!!!


BAHAN2

Ice cream perisa vanila 1.5l
walnut (ikut suka nak banyak mana)
Coklat syrup (optional)
coklat chipsmore (yang kecik2 tu ada jual kat TESCO sebab aku selalu beli bahan kat sana)
plastik wrap
3 bungkus biskut oreo

CARA2
Ais krim tadi bawak keluar dari ice box, masukkan ke dalam bekas besar dan biarkan di luar sehingga cair...Sementara tu ambil plastik wrap letakkan ke dalam loyang. Susun biskut oreo (susun sebiji demi sebiji) di keliling loyang (guna loyang yg boleh buka tepinya untuk buat cheese cake tu). Pastu buka cantuman biskut oreo(biar oreo sekeping demi sekeping) susun pula di dalam lapisan bawah loyang hanya 1 lapisan sahaja tau.

Biskut oreo yang lain hancurkan (jangan lumat sangat, kasar2 sket pun takpe). Masukkan biskut oreo (3/4 dari yang dah dihancurkan tadi), walnut, sirap coklat & coklat chipsmore ke dalam ais krim. Kacau hingga sebati, pour ke dalam loyang yang telah disusun biskut chipsmore tadi. Di atasnya pula bolehlah ditaburkan lebihan biskut oreo hancur. Dah siap, masukkan semula ke dalam ice box sejukkan selama 6 jam. (Kalau aku esoknya baru aku bawak keluar)...

Kek dah boleh dinikmati...sangat sesuai khususnya untuk kanak2...
Selamat mencuba & menjamu selera....

Wednesday, November 10, 2010

Menu Sihat

IKAN HALIA KUKUS
Sesekali kita kena la masak yang sihat sket kan...walaupun namanya menu sihat tetapi kesedapan rasa masih perlu diambil kira...cewaahhh ada gaya chef?...hehehhehe....saja la nak makan masakan ikan kukus ni....jom kita tengok resepinya
RESEPI
3 potong isi ikan merah
1 sudu kecil madu
1/2 sudu kecil minyak bijan
sedikit kicap lemak manis
***bahan ini disatukan dan diperap selama 15minit bersama ikan yang sudah dibersihkan
2-3 inci halia dihiris (*optional la berapa inci tu tapi halia kena banyak baru sedap)
1 biji bawang besar dihiris (yang paling besar ek)
3-5 biji cabai melaka dititik
2-3 ulas bawang putih dihiris
sedikit lada hitam (tumbuk la nak dapat serbuk)
1 biji limau kasturi (diperah jusnya ok)
sedikit brokoli (optional nak ganti ngan yang lain pun takpe)
sedikit carrot
garam secukup rasa
CARA2
Cuci bersih ikan dan jangan lupa limaukan supaya hilang hanyir. Kemudian perap ikan dengan bahan perapan selama 15 minit. Dah tu taburkan segala bahan hirisan, bawang besar, halia, cabai, bawang putih, sayur2an, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Perahkan air limau tadi...dah siap untuk dikukus....senang je kan. Kukus la dalam masa lebih kurang 10-15minit.....Habesss dah resepi ni...

Sedap ni...sekali sekala tukar menu nak buat pun mudah...



Selamat Mencubeeeee!

Tuesday, November 9, 2010

Pelik tapi sedap

Cucur Nasi Ikan Bilis
Resepi kali ni agak pelik sebab ada yang langsung tak pernah dengar kan....maybe ada yang pernah buat...ha....ni la dia Cucur Nasi Ikan Bilis....biasa yang kita dok buat adalah cucur udang, cucur ikan bilis je kan....jom kita try variety kan menu harian kita....sebab anak2 / kanak2 ada yang susah nak makan nasi termasuklah anak aku...huhuhuhuh....so aku kena kreatif la sket...mai kita try nengok camana resepi dia...senang je sebenarnya...dan konfirm sedappp....
RESEPI
2 cawan nasi putih (yang telah disejukkan @ lebihan nasi yang kita makan)
2 cawan air
1/2 cawan ikan bilis
1 biji bawang besar (paling besar ye)
2 ulas bawang putih
2-3 helai cili kering (optional)
***blen semua bahan di atas hingga lumat
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung cucur ikan bilis adabi
taugeh (ikut suka / optional)
kucai (juga optional)
sedikit garam
Cara2:
Campurkan adunan yang dah diblen tadi. Masukkan tepung, kucai & taugeh juga sedikit garam. Kalau nak cantek sket letak la kunyit tapi sket je la....pastu sebatikan dengan adunan kita...siap sedia untuk digoreng....makan bersama sos cili....perghhhh sedapppp tu....

adunan kisar tadi

tarraaa...cam biasala rupanya....


Cucur Nasi Ikan Bilis...selamat mencubeeee!!!.....yang pasti lebih lembut berbanding cucur biasa kita dok buat....

Monday, November 1, 2010

Kek Coklat Moist

Tempahan kek hujung minggu. Terima kasih buat Pn Fini taukeh kedai baju Hj Osman di Longwan Lunas... Tempah saja je untuk makan2......Selamat Menjamu Selera





Ni pula tempahan dari Pn Akma bekerja di syarikat PENSONIC yang tinggal di Permatang Pauh berhampiran dengan CARREFOUR....tq ye, selamat menjamu selera.


Related Posts with Thumbnails