Monday, July 9, 2012

Menu kicap kicap dan kicap

Macam biasa hubby request nak makan tapi kat rumah je...Maksudnya aku kena masak la...ok noted...isteri solehah yang menurut perintah (hehe puji diri sendiri jangan mare ekk). Menu simple je...bahan utama KICAP!!!...macam biasa di guide oleh buku RESEPI 1 hari 1 menu by Chef Hanieliza...memang gerenti jadi...yang penting kita sesuaikan dengan rasa kita...


Daging kicap bersama kentang dan bendi


                 

**1 biji bawang besar dihiris
**1 ulas bawang putih
**seinci halia
2 biji cili merah dipotong kasar
kicap
daging lembu RM5 (ikut suka tak tau gm...hehe)
2 sudu besar sos tomato
2 biji ubi kentang (dibelah 6...ikut suka nak belah berapa)
7-10 biji bendi

Cara2
Tumis bahan2 ** sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging, ubi kentang dan air. Biar daging sehingga lembut. Kemudian masukkan sos, bendi, cili merah dan kicap (anggaran kicap 1/2 cawan, ikut kepekatan kuah yang anda mahukan). Masukkan garam secukup rasa jika perlu. Sedia untuk dimakan.


Telur masak kicap




                 

4 biji telur goreng mata kerbau
**1 1/2 biji bawang besar dipotong kasar
**1 ulas bawang putih
**1 inci halia
**2 biji cili merah (kalau nak pedas guna cili padi)
2 sudu besar sos tomato
1/2 cawan kicap

Cara2
Tumiskan bahan ** hingga layu. Kemudian masukkan kicap dan sos. Perasakan dengan garam jika perlu sebab kicap tu dah masin. Lastly pourkan ke atas telur yang telah digoreng tadi. Sedap dimakan dengan nasi panas2....

Selamat mencuba!!!!

Monday, July 2, 2012

Chicken Chop Black Pepper

As Salam semua,


                       


Dah lama tak updates resepi. Sabtu lepas Adam request nak makan chicken chop tapi nak mama yang masak...wah...permintaan melambung2...ok2 akan cuba dipenuhi. So aku pun apa lagi.... buka la buku resepi yang ada aku beli tajuknya "365 resepi, 1 hari 1 resepi by Chef Hanieliza" . Wajib beli tau..boleh la jadi guide kita...aku adjust mengikut citarasa aku la...hehehe...

Jom intai resepi...

Bahan2
2 keping paha ayam (yang dibuang tulangnya)
2 sudu teh serbuk lada putih
4 sudu besar tepung serba guna (aku guna perisa kentucy perisa asli cap NONA)
***nak guna brand lain pun boleh

1 biji bawang besar didadu kecil
1 ulas bawang putih didadu kecil
2 sudu kecil serbuk lada hitam (nak letak lebih pun boleh ikut selera)
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap manis
1 kiub pati ayam (aku guna cap knor)
1 sudu kecil tepung jagung yang dibancuh dengan air (ikut kepekatan kuah yang anda mahukan)
air stok ayam
garam dan gula secukup rasa

CARA2
Ayam dibuang tulang dan diperap bersama lada putih. Ketepikan. Rebus tulang ayam untuk dapatkan stok ayam. Biarkan ia di dalam mangkuk. 

Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Masukkan air rebusan ayam tadi bersama kiub pati ayam, sos dan kicap. Sesuaikan rasa, masukkan garam dan gula. Akhir sekali masukkan air bancuhan tepung jagung tadi mengikut tahap kepekatan kuah atau sos black pepper yang anda mahukan.

Untuk ayam pula, golekkan ayam yg telah diperap ke atas tepung serbaguna tadi. Goreng di atas minyak yang panas sehingga masak (jangan garing sangat nanti ayam keras pulak...)

Then pourkan kuah sos black pepper tadi ke atas ayam yang telah siap digoreng. Hidangkan bersama mayonis dan kentang goreng. Sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba!!!

Thursday, June 21, 2012

Kisahnya Adam

Pagi ni seperti biasa menyiapkan diri untuk bekerja dan menghantar Adam ke sekolah. Tengok jam di tangan masih awal lagi. Alhamdulillah so hari ni mesti tak rushing on the road kan. Tiba2 on the way dalam 10 minit perjalanan telah terbuang.....mata aku ni beralih ke kaki Adam. Aku rasa nak menjerit sekuat hati....

Aku: "Adam....mana kasut sekolah?" (cuba bertenang mungkin adam ada bawak ada la bawah2 kaki dia kot)
Adam: "ala...mama...Adam lupa la...." (dengan nada rileks dan cool dia membelek kaki dia yang sedang pakai kasut angry birdnya....)

huhuhuu...angry betul aku terutamanya pada kasut angry bird dia tu.....aku pun apa lagi terjerit la...sebabnya dah la rumah jauh....patah balik...so hari ni aku kena guna laluan highway dan tidak menjadi pemandu berhemah sangat memecut 120km/j tu....takut puch card merah....soooorrriii Adam....

Moralnya kepada aku lepas ni kena tengok Adam from top to the end. Complete set ke sekolah baru masuk kereta...




Tuesday, June 19, 2012

Majlis Penyampaian Hadiah Adam


Assalammualaikum kepada semua yang sudi menjengah blog aku yang dah begitu lama terbiar. 

Entry kali ni sebab nak simpan sweet memories of Adam bagi Tahun 1. Memang ada letak post ni dalam FB. Tapi aku tak upload gambar banyak2. Aku simpan dalam blog je la...luahan aku..sebab aku rasa (ni yang aku rasa tau!) aku rasa...bukan ramai yg baca blog aku berbanding dalam FB. Nanti jatuh riak la pulak kan...

Tak bermaksud begitu cuma excited nak kongsi berita gembira tu je...Prestasi Adam menurun sebenarnya kalau nak dibandingkan waktu di Tadika PASTI...tapi aku tetap bersyukur. Bak kata kawan aku "kita kena bagi sokongan dan dorongan supaya anak rasa dihargai"...ada benarnya. Adam di dalam kelas no.2 di Sek Keb Pauh Jaya yang mempunyai 6 buah kelas. Bilangan murid Tahun 1 lebih kurang 200 orang (anggaran aku je yek...kalau salah MAAF!!!).

Dan yang sebenarnya Adam bukan dapat no.1 di dalam kelas...cuma no.5 je....dan kedudukan Adam bagi keseluruhan Tahun 1 no ke????? cuba teka????....huhuhuhu...no.21 tau!...Cara sek ni ialah 25 pelajar terbaik bagi setiap Tahun1/2/3/4/5 & 6 akan terima piala dan sijil....

Walaupun begitu, aku tetap bersyukur...sebab Adam bukan la seorang budak yang rajin di rumah. Kalau boleh 24jam masanya adalah di depan TV! huhuhuhu....so bila baru2 ni Adam bagitahu yang dia dapat 100 dalam matapelajaran tertentu...aku & hubby tertanya2 masa bila Adam ni belajar??? dan kami minta proof...ceh...nak evidence la pulak kan...sampai la masa cikgu panggil mak ayah ke sekolah...masa tu pun aku taktau lagi nak kena tengok kad laporan...sampai masuk ke kelas baru aku tahu...huhhu (1st timer la katakan...) 

Masa tu cikgu just bagi tengok markah anak kita je...yang lain2 ditutup dan dirahsiakan (memang betul la kan tindakan tu...) Lepas tu aku tengok Adam dapat C untuk subjek SENI....huhuhu...aku tanya Cikgu...Jawapan cikgu: Adam ni MALAS nak habiskan mewarna....huhuuhuhu...sebenarnya aku rasa dia ikut genetik aku & hubby yang memang FAIL bab2 SENI ni...cewah...nak salahkan genetik la pulak...

Ok la apa2 pun Tahun 1 ni Adam berjaya naik pentas....Aku harap Adam akan sentiasa berjaya naik pentas dari Tahun 1 hingga ke Tahun seterusnya (amin...)...kerana subjek serta tekanan yang menanti getting tougher and tougher dan budak yang pandai sekarang tidak terkira...itu adalah realitinya...

Panjang pulak entry kali ni...thanks kerana SUDI baca LUAHAN seorang MAMA MURID TAHUN 1







Saturday, September 17, 2011

Spaghetti Daging Rusa


Menu hari ni selepas tgk ada daging rusa yang tak habis lagi dalam peti ais...rasanya?? emmm....sedap! Hubby beli daging ni dari member sekolah menengah sebelum raya...So nak try tak resepi aku, simple jek...jom intai resepi k...


Bahan2nya

sebungkus spaghetti
1/3 kilo daging rusa yang diblend halus (kalau xde, guna je daging cincang saiz kecil jenama SAUDI @ yang anda suka) 
1 tin tomato puree (tapi aku guna 4 sudu besar jek, sebab x suka masam)
4 sudu besar cili boh (ikut tahap kepedasan yang kita suka ekk)
1 tin cendawan butang dihiris nipis (aku guna jenama REX)
3 labu bawang besar dipotong dadu
sedikit stok ayam
gula & garam


Ni di antara bahan2nya



CARA2
1- rebus spaghetti...masakkan air bersama sedikit minyak supaya spaghetti tak melekat2...bila air mendidih baru masukkan spaghetti tadi. rebus hingga kembang
2- tumiskan bawang hingga layu, masukkan daging cincang. Masukkan air, rebus biar daging empuk sedikit
3- setelah daging empuk, masukkan cili boh, tomato puree dan cendawan tadi.
4- perasakan kuah spaghetti tadi dengan stok ayam, gula & garam. jika mahukan kuah lebih, masukkan air sedikit. sesuaikan mengikut citarasa....
5- dah boleh makan....




SELAMAT MENCUBA!!!

Sunday, August 28, 2011

Suci Dalam Debu

Tajuknya menarik perhatian...ni kes sebab biskut/kerepek suci dalam debu yg aku tempah dah habis dimakan oleh???? aku la...hehhehe...makan dia tu macam tak rasa....asyik makan jek...last2 tengok dah habis...so apa lagi...mula la operasi mencari resepi...di mana ye....???? di Internet la...cari punya cari...explore demi explore dapat gak la aku yang berkenan di hati...

Nak buat dia senang je...dan bahan pun mudah dan ringkas...janji ada masa & minat nak buat tu jek...Confirm menu hari raya wajib setiap tahun lepas ni....sukenya....

Jom intai resepinya:

BAHAN2

1/2 cawan susu tepung @ horlicks (sebab xde horlicks aku guna susu tepung jek tu pun sedap gak!)
1/2 cawan gula pastu blend bagi halus
1 cawan nestum (blendkan nestum tadi jadi halus, dapat nestum madu pun ok gak cuma takut over manis, aku guna nestum original yg biasa je)
kulit popia (1pek popia yang 50 helai tu)

CARA2
Gunting kulit popia tadi menjadi menjadi 9 kepingan 4 segi samarata. (aku gunting x sama sangat pun...xpe tak kisah janji dapat).

Then gorengkan ia dengan api perlahan....goreng kejap je (5 saat dah) xyah sampai garing nanti rasa x sedap...toskan popia goreng tadi dengan tuala serap minyak...

Sementara kulit popia diserap minyak. boleh la buatkan serbuk2 suci dalam debu tadi ni....satukan nestum, gula dan susu tepung@horlicks dalam satu bekas...pastu pour ke atas popia yg telah digoreng tadi...Gaul rata semuanya.....

Dah siap cam gambar di bawah ni..



Pastu jangan lupa masukkan dalam bekas kedap udara kalo dak suci dalam debu dah tak suci hehehhe....kerana masuk angin dah tak rapuh & x sedap....

Selamat mencuba!!!

Tuesday, August 16, 2011

Doa Dhuha dengan liriknya


Doa Dhuha...selama ni susah sangat aku nak ingat/hafal. Lepas tu member kata ada dia jumpa dalam internet kumpulan UNIC ni buat lagu...so aku pi download la...terima kasih banyak...


Mari kita hayati kelebihan Solat Dhuha (ambil dari blogger: http://alivewire.wordpress.com/2007/06/09/kelebihan-solat-dhuha/)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”


Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)


Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”

(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)


Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.


Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.
Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)


Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

Related Posts with Thumbnails