Friday, March 5, 2010
Petua
Hendak lebatkan rambut
Patah-patahkan daun lidah buaya kemudian sapukan keatas kepala. Kemudian cucilah rambut anda. Masalah rambut gugur?... Ha,sebelum terlambat Rebus segenggam daun labu muda dengan minyak kelapa secukupnya hingga lumat. Bila sejuk usapkan di kepala, lakukan inisetiap hari hingga rambut tidak gugurlagi. Rambut berkelimumur? Bancuh air asam jawa dengan air suam kemudian gosokkan ke kepala , biarkan 10-15 minit sebelum dicuci.
Kempis Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah.Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum.amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis.Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.
Anak Fasih Bercakap
Kebanyakkan ibu bapa inginkan anaknya cepat bercakap,petah dan fasih.Petuanya amat mudah, Ibubapa hendaklah selalu mengucup atau cium bibir anak2nya sewaktu kecil.dan sekiranya mampu diteruskan sehingga dewasa , ia akan menjadi taat kepada ibu bapa..Insayallah...
Biskut / kuih raya cepat lemau?
Sebelum menyimpan biskut/kuih raya anda ke dalam bekas, cuba taburkan sedikit gula pasir (janganlah sampai segengam wei!) ke dalam bekas berkenaan, kemudian tutup dengan tisu/kertas, barulah disusun kuih anda itu. Lepas itu tutup ketat-ketat. Kalau tak ketat, tupperware ke, tipuware ke, tin ware ke, botolware ke semua tak jalan.
Di Gigit Kala Jengking
Tumbuk lada hingga halus lalu dicampurkan dengan minyak kelapa secukupnya. Setelah itu ditampalkan pada tempatyang terkena gigitan kala-jengking tersebut. Memang pada mulanya tidak terdapat sebarang reaksi, kecuali rasa panas dari lada tersebut. Insya Allah lima minit kemudian denyutnya akan berkurangan dan akan terhenti terus dalam masa lima belas minit.
Cara membersih botol susu hingga berkilat
Menghadapi masalah mencuci botol susu terutamanya yang berbentuk unik? Berus yang tercipta khusus pun tidak mampu mencuci hingga ke celahnya. Cubalah petua ini. Masukkan sedikit beras di dalam botol susu, di campur dengan air panas atau sejuk. Goncang-goncang botol susu itu. Hasilnya bukan saja botol bersih, puting susu juga turut hilang dakinya. Petua ini boleh juga di cuba untuk membersihkan botol air plastik yang lain.
Ubat Kudis
Ambil beberapa biji buah pinang yang sudah kering. Buang kulitnya, kemudian buah pinang itu ditumbuk hingga lumat. Campurkan dengan minyak kelapa, supaya habuk buah pinang itu melekat di kulit. Bahagian kulit yang berkudis itu terlebih dahulu dibersihkan sebelum
Memudahkan mengopek kerang
Memakan makanan memanglah suatu yang melazatkan tetapi untuk mengatasi cara pemakanannya adalah suatu yang membosankan dan menyusahkan terutamanya kerang. Suri rumah tentu mengeluh apabila isi rumah ingin memakan atau meratah makanan ini. Di sini ada petua untuk memudahkan mengopek kerang. Caranya ialah apabila anda merebus kerang, campurkan sesudu minyak masak kedalam air rebusan. mudah-mudahan kerang itu akan terbuka sedikit dan memudahkan anda mengopeknya.
Ubat Darah Tinggi
Ambil seikat daun kucai dan ditumbuk halus-halus atau lumat, kemudian diperah hingga mengeluarkan air. Air itulahyang harus diminum setiap pagi. Amalkan meminumnya selama satu bulan. Menghilangkan demam campak Caranya sebelum merebak keseluruh badan, pesakit itu hendaklah diberi minum air kelapa dan kemudian mandikan dengan air kelapa itu (boleh dicampur dengan air).
Thursday, February 18, 2010
Nasi Ayam
1 ekor ayam ( dipotong 2)
2 kiub pati ayam
Air mengikut separuh saiz periuk
***1 biji bawang besar
***2 ulas bawang putih
***halia sebesar ibu jari dewasa
Blen *** kesemua bahan ni....
Tumiskan bahan blen tadi hingga naik bau, masukkan air & masukkan ayam. Biar hingga ayam lembut....pastu asingkan ayam untuk buat perapan ayam.....
SUP AYAM
Ambil air rebusan ayam tadi & masukkan garam....sesuaikan ikut rasa. Akhir sekali sebelum tutup api masukkan daun sup. Sedia untuk dihidangBahan2 Nasi
Wednesday, February 10, 2010
Citer Adam
Monday, February 8, 2010
Nasi Lemak & Sambal Tumis Ikan Bilis
Nasi Lemak
Bahan2
2 pot beras (bekas std rice cooker tu)
santan (RM1)
1/3 bawang besar
2 inci halia
1 helai daun pandan
Cara:
Basuh beras bersih2,. Kemudian masukkan kesemua santan yang telah diperah sehingga cukup untuk sukatan beras 2 pot tadi. Masukkan bawang, halia, daun pandan & garam sedikit. Pastu on kan rice cooker...tunggu sampai masak.
Sambal Tumis Ikan Bilis
Bahan2
Segenggam ikan bilis yang telah digoreng
***1 1/2 biji bawang besar
***10-12 tangkai cili kering
***sedikit belacan
***2 ulas bawang putih
(kesemua bahan *** diblen hingga halus)
3 sudu besar santan pekat
1 sudu besar asam jawa dibancuh dengan sedikit air (pati asam jawa ADABI yang tiada biji)
1 biji bawang besar dipotong bulat
Cara2
Tumiskan bahan blen hingga pecah minyak @ garing. Masukkan 2 @ 3 sudu pati santan, tumiskan sebentar. Masukkan gula, garam & perasa jika mahu. Masukkan air pati asam jawa tadi. (masukkan air asam jawa mengikut banyak kuah yang diingini). Masukkan bawang besar yang dipotong bulat tadi. Biarkan seketika, kemudian masukkan ikan bilis yang telah digoreng. Sesuaikan rasa....sedia untuk dihidang.....
Tuesday, February 2, 2010
Ikan Siakap 3 Rasa
goreng hingga garing...then ketepikan
Masakkan kuahnya pula
sebab aku suka pedas...so tabur je cilipadi & daun sup...siapa yang suka nenas boleh tabur atas ikan atau masukkan nenas waktu masak kuah....
Kek Pisang Kukus
***2 cawan tepung gandum
***1 sudu teh soda bikarbonat
***1 sudu teh baking powder
***kesemua bahan diayak bersama
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 cawan minyak masak
3/4 gula
1 cawan pisang emas yang sudah dilenyek
Cara2
Pukul telur, masukkan gula. setelah gula sebati, masukkan pisang dan esen vanilla. Kacau ia seketika. Masukkan minyak, kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Masukkan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak.....
Sup Siam (Daging)
**3 Ulas bwg putih
**1 biji bwg besar
**1 inci halia
** ditumbuk hingga halus
daging
2 biji ubi kentang
sedikit bunga kobis
1/2 batang carrot
perencah sup siam adabi
daun saderi
daun sup
Cara2
Tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan 1 liter air, daging, carrot & kentang. Setelah daging empuk, masukkan bunga kobis dan daun saderi. Biarkan seketika. Masukkan perencah sup dan sesuaikan rasa dengan garam. Akhir sekali tutup api & masukkan daun sup. Sedia untuk dimakan.....
