Tuesday, February 2, 2010

Ikan Siakap 3 Rasa


Bahan2

***4 ulas bwg putih
*** 1 biji bwg besar
***5-6 tangkai cili kering
***sedikit halia
***2 btg serai (saiz kecil)
***Kesemua bahan dikisar hingga halus


Ikan siakap saiz sederhana
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 1/2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar sos ikan
2 biji tomato dibelah 4
cili padi
daun sup


Cara2

Goreng ikan siakap hingga garing. Angkat & ketepikan

Tumiskan bahan kisar hingga naik bau. masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, sos ikan dan buah tomato. Setelah agak garing sesuaikan rasa masukkan sedikit gula, garam & perasa jika mahu....setelah itu, curahkan kuah ke atas ikan siakap tadi...taburkan bersama cili padi dan daun sup...ok selamat mencuba

goreng hingga garing...then ketepikan

Masakkan kuahnya pula

Pastu curah atas ikan tadi...



sebab aku suka pedas...so tabur je cilipadi & daun sup...siapa yang suka nenas boleh tabur atas ikan atau masukkan nenas waktu masak kuah....

2 comments:

Related Posts with Thumbnails