Jom kita kongsi petua ni ye......selamat mencuba
Hendak lebatkan rambut
Patah-patahkan daun lidah buaya kemudian sapukan keatas kepala. Kemudian cucilah rambut anda. Masalah rambut gugur?... Ha,sebelum terlambat Rebus segenggam daun labu muda dengan minyak kelapa secukupnya hingga lumat. Bila sejuk usapkan di kepala, lakukan inisetiap hari hingga rambut tidak gugurlagi. Rambut berkelimumur? Bancuh air asam jawa dengan air suam kemudian gosokkan ke kepala , biarkan 10-15 minit sebelum dicuci.
Kempis Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah.Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum.amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis.Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.
Anak Fasih Bercakap
Kebanyakkan ibu bapa inginkan anaknya cepat bercakap,petah dan fasih.Petuanya amat mudah, Ibubapa hendaklah selalu mengucup atau cium bibir anak2nya sewaktu kecil.dan sekiranya mampu diteruskan sehingga dewasa , ia akan menjadi taat kepada ibu bapa..Insayallah...
Biskut / kuih raya cepat lemau?
Sebelum menyimpan biskut/kuih raya anda ke dalam bekas, cuba taburkan sedikit gula pasir (janganlah sampai segengam wei!) ke dalam bekas berkenaan, kemudian tutup dengan tisu/kertas, barulah disusun kuih anda itu. Lepas itu tutup ketat-ketat. Kalau tak ketat, tupperware ke, tipuware ke, tin ware ke, botolware ke semua tak jalan.
Di Gigit Kala Jengking
Tumbuk lada hingga halus lalu dicampurkan dengan minyak kelapa secukupnya. Setelah itu ditampalkan pada tempatyang terkena gigitan kala-jengking tersebut. Memang pada mulanya tidak terdapat sebarang reaksi, kecuali rasa panas dari lada tersebut. Insya Allah lima minit kemudian denyutnya akan berkurangan dan akan terhenti terus dalam masa lima belas minit.
Cara membersih botol susu hingga berkilat
Menghadapi masalah mencuci botol susu terutamanya yang berbentuk unik? Berus yang tercipta khusus pun tidak mampu mencuci hingga ke celahnya. Cubalah petua ini. Masukkan sedikit beras di dalam botol susu, di campur dengan air panas atau sejuk. Goncang-goncang botol susu itu. Hasilnya bukan saja botol bersih, puting susu juga turut hilang dakinya. Petua ini boleh juga di cuba untuk membersihkan botol air plastik yang lain.
Ubat Kudis
Ambil beberapa biji buah pinang yang sudah kering. Buang kulitnya, kemudian buah pinang itu ditumbuk hingga lumat. Campurkan dengan minyak kelapa, supaya habuk buah pinang itu melekat di kulit. Bahagian kulit yang berkudis itu terlebih dahulu dibersihkan sebelum
Memudahkan mengopek kerang
Memakan makanan memanglah suatu yang melazatkan tetapi untuk mengatasi cara pemakanannya adalah suatu yang membosankan dan menyusahkan terutamanya kerang. Suri rumah tentu mengeluh apabila isi rumah ingin memakan atau meratah makanan ini. Di sini ada petua untuk memudahkan mengopek kerang. Caranya ialah apabila anda merebus kerang, campurkan sesudu minyak masak kedalam air rebusan. mudah-mudahan kerang itu akan terbuka sedikit dan memudahkan anda mengopeknya.
Ubat Darah Tinggi
Ambil seikat daun kucai dan ditumbuk halus-halus atau lumat, kemudian diperah hingga mengeluarkan air. Air itulahyang harus diminum setiap pagi. Amalkan meminumnya selama satu bulan. Menghilangkan demam campak Caranya sebelum merebak keseluruh badan, pesakit itu hendaklah diberi minum air kelapa dan kemudian mandikan dengan air kelapa itu (boleh dicampur dengan air).
No comments:
Post a Comment