Monday, February 8, 2010

Nasi Lemak & Sambal Tumis Ikan Bilis

Hubby request nak makan nasi lemak Ahad lepas....so aku pun masak la....pastu sambal tumis ikan bilis ada lebih....kalau nak simpan untuk makan hari ni sure tak habis punya.....jalan terbaik di samping blh la dapat pahala kan.....aku bawak je kat office, untuk itu aku kena la masak nasi lemak lain pulak......untuk kengkawan opis.....

Nasi Lemak

Bahan2
2 pot beras (bekas std rice cooker tu)
santan (RM1)
1/3 bawang besar
2 inci halia
1 helai daun pandan

Cara:
Basuh beras bersih2,. Kemudian masukkan kesemua santan yang telah diperah sehingga cukup untuk sukatan beras 2 pot tadi. Masukkan bawang, halia, daun pandan & garam sedikit. Pastu on kan rice cooker...tunggu sampai masak.



Ni rupa dia...hahahhah cam la orang tak kenai nasi lemak ekk....


Sambal Tumis Ikan Bilis

Bahan2
Segenggam ikan bilis yang telah digoreng

***1 1/2 biji bawang besar
***10-12 tangkai cili kering
***sedikit belacan
***2 ulas bawang putih
(kesemua bahan *** diblen hingga halus)

3 sudu besar santan pekat
1 sudu besar asam jawa dibancuh dengan sedikit air (pati asam jawa ADABI yang tiada biji)

1 biji bawang besar dipotong bulat

Cara2
Tumiskan bahan blen hingga pecah minyak @ garing. Masukkan 2 @ 3 sudu pati santan, tumiskan sebentar. Masukkan gula, garam & perasa jika mahu. Masukkan air pati asam jawa tadi. (masukkan air asam jawa mengikut banyak kuah yang diingini). Masukkan bawang besar yang dipotong bulat tadi. Biarkan seketika, kemudian masukkan ikan bilis yang telah digoreng. Sesuaikan rasa....sedia untuk dihidang.....

Tara....ni dah masuk dalam tupperware...lupa nak snap masa masak....
Ok selamat menjamu selera ye kengkawan.....
Timun x sempat nak potong, bawak je la sebijik....

5 comments:

Related Posts with Thumbnails