Friday, March 19, 2010

Cheese Cake Lunas

Semalam ntah kenapa aku ni macam beria2 sangat nak makan cheese cake yang memang dari dulu jadik favourite aku....pastu ngan agak thriller lagi bila aku nak makan cheese cake hasil dari buatan sendiri. So aku pun apa lagi pi keluar la carik bahan......dah la loyang cheese cake tu aku takde, sebab kalau nak buat cheese cake kita perlu ada loyang yang boleh dibuka sisinya....aku pulak ada loyang biasa....tapi disebabkan aku ni dah teruja sangat, tanpa berlengah2 lagi aku buat walaupun loyang takde.....


Carik punya cari bahan semua complete cuma takde fresh cream...sudahnya aku ganti jek ngan plain yogurt.....jadik aku try je la, sebab setau aku yogurt ni masam2 sket.....jadiknya aku guna alternatif takyah perah lemon jus....sebab nanti masam tu over dose pulak......


So ini la hasilnya, disebabkan cheese cake aku ni muak sangat aku pour some chocolate untuk base atas.....so jadik la cheese cake version aku.....tak habis pun kalau makan kat rumah, sebab hubby memang tak suka sangat ngan makanan manis2 ni...so aku bawak la ke office....nasib baik ada kengkawan yang supportive tolong habiskan....

Nanti, insyaallah aku bawak mai lain ok ye kengkawan.....

Thursday, March 18, 2010

Taman Burung

Semalam (Rabu 17.3.10) Aku & family pergi ke Taman Burung di Seberang Jaya....Aku & hubby bercuti selama 3 hari. Saja la cuti2 sekolah ni temankan Adam....last2 bawak la Adam tengok haiwan...nak pergi zoo di Taiping tu dah pi dah.....so bawak pi Taman Burung pulak la....seronok jugak la walaupun taman ni di namakan Taman Burung...tapi yang sebenarnya hidupan liar lain pun ada gak....cam ikan, buaya....(ngeri sebab buaya tu besar sangat sebesar hubby aku....uish takut....), ular sawa dan macam2 lagi la...yang pasti nya bagi aku berbaloi la pi sana.....

Tiket masuk pulak bagi orang dewasa RM15.00 & kanak2 RM7.00.....luas jugak taman burung ni walaupun di luar nampak cam kecik je.....kebetulan masa aku pi sana semalam ada persembahan burung...so quite fun la.....yang pasti Adam ENJOY....hehheheheheh....




Boleh bagi makan kat burung...mula2 aku takut gak pastu aku pun bagi rupa2nya kalau bagi burung makan dia tak la patuk tangan kita....dia akan gunakan lidah dia untuk amik makanan tu...aku bagi kuaci boleh beli kat taman ni.....


Adam terkejut...hahhahhahahha......


Bersama deretan burung hantu yang menyambut kedatangan kita di awal pintu masuk




Jom bagi ikan makan pulak....besar tau....







Tengok burung merak tapi sayangnya dia tak kembangkan ekor dia masa kami datang....


Burung yang paling tinggi aku jumpa masa aku pi sana...tinggi kan...cuba tengok


Adam yang tolong snap.....

Sebab aku takut nak bergambar dekat ngan burung kat sini aku naik atas batu tu...hahhahahah....



Cantik kan burung ni, salah satu spesis angsa gak ni......

"Tu dia mama....nampak tak kat sana tu....."

Sempat gak kami amik instant picture sekeluarga sebagai kenangan RM15.00 sekali frame...ok la kan....

Friday, March 5, 2010

Petua

Jom kita kongsi petua ni ye......selamat mencuba

Hendak lebatkan rambut
Patah-patahkan daun lidah buaya kemudian sapukan keatas kepala. Kemudian cucilah rambut anda. Masalah rambut gugur?... Ha,sebelum terlambat Rebus segenggam daun labu muda dengan minyak kelapa secukupnya hingga lumat. Bila sejuk usapkan di kepala, lakukan inisetiap hari hingga rambut tidak gugurlagi. Rambut berkelimumur? Bancuh air asam jawa dengan air suam kemudian gosokkan ke kepala , biarkan 10-15 minit sebelum dicuci.

Kempis Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah.Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum.amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis.Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.

Anak Fasih Bercakap
Kebanyakkan ibu bapa inginkan anaknya cepat bercakap,petah dan fasih.Petuanya amat mudah, Ibubapa hendaklah selalu mengucup atau cium bibir anak2nya sewaktu kecil.dan sekiranya mampu diteruskan sehingga dewasa , ia akan menjadi taat kepada ibu bapa..Insayallah...

Biskut / kuih raya cepat lemau?
Sebelum menyimpan biskut/kuih raya anda ke dalam bekas, cuba taburkan sedikit gula pasir (janganlah sampai segengam wei!) ke dalam bekas berkenaan, kemudian tutup dengan tisu/kertas, barulah disusun kuih anda itu. Lepas itu tutup ketat-ketat. Kalau tak ketat, tupperware ke, tipuware ke, tin ware ke, botolware ke semua tak jalan.

Di Gigit Kala Jengking
Tumbuk lada hingga halus lalu dicampurkan dengan minyak kelapa secukupnya. Setelah itu ditampalkan pada tempatyang terkena gigitan kala-jengking tersebut. Memang pada mulanya tidak terdapat sebarang reaksi, kecuali rasa panas dari lada tersebut. Insya Allah lima minit kemudian denyutnya akan berkurangan dan akan terhenti terus dalam masa lima belas minit.

Cara membersih botol susu hingga berkilat
Menghadapi masalah mencuci botol susu terutamanya yang berbentuk unik? Berus yang tercipta khusus pun tidak mampu mencuci hingga ke celahnya. Cubalah petua ini. Masukkan sedikit beras di dalam botol susu, di campur dengan air panas atau sejuk. Goncang-goncang botol susu itu. Hasilnya bukan saja botol bersih, puting susu juga turut hilang dakinya. Petua ini boleh juga di cuba untuk membersihkan botol air plastik yang lain.

Ubat Kudis
Ambil beberapa biji buah pinang yang sudah kering. Buang kulitnya, kemudian buah pinang itu ditumbuk hingga lumat. Campurkan dengan minyak kelapa, supaya habuk buah pinang itu melekat di kulit. Bahagian kulit yang berkudis itu terlebih dahulu dibersihkan sebelum

Memudahkan mengopek kerang
Memakan makanan memanglah suatu yang melazatkan tetapi untuk mengatasi cara pemakanannya adalah suatu yang membosankan dan menyusahkan terutamanya kerang. Suri rumah tentu mengeluh apabila isi rumah ingin memakan atau meratah makanan ini. Di sini ada petua untuk memudahkan mengopek kerang. Caranya ialah apabila anda merebus kerang, campurkan sesudu minyak masak kedalam air rebusan. mudah-mudahan kerang itu akan terbuka sedikit dan memudahkan anda mengopeknya.

Ubat Darah Tinggi
Ambil seikat daun kucai dan ditumbuk halus-halus atau lumat, kemudian diperah hingga mengeluarkan air. Air itulahyang harus diminum setiap pagi. Amalkan meminumnya selama satu bulan. Menghilangkan demam campak Caranya sebelum merebak keseluruh badan, pesakit itu hendaklah diberi minum air kelapa dan kemudian mandikan dengan air kelapa itu (boleh dicampur dengan air).
Related Posts with Thumbnails