Thursday, February 18, 2010

Nasi Ayam

Family mai rumah aku last weekend.....Mak, Abg Man, Kak Naim & Maksu Odah...meriah sangat...so aku pun buat je la nasi ayam....tak dapat nak story lelebih....upload resepi jek dulu....nanti kita sambung k.....hahahahha selamat mencuba ye....Ni masa masak
aku masak 3 ekor ayam...cuma untuk resepi boleh la guna untuk sekor ayam jek....
AIR REBUSAN AYAM
1 ekor ayam ( dipotong 2)
2 kiub pati ayam
Air mengikut separuh saiz periuk

***1 biji bawang besar
***2 ulas bawang putih
***halia sebesar ibu jari dewasa
Blen *** kesemua bahan ni....

Tumiskan bahan blen tadi hingga naik bau, masukkan air & masukkan ayam. Biar hingga ayam lembut....pastu asingkan ayam untuk buat perapan ayam.....

SUP AYAM
Ambil air rebusan ayam tadi & masukkan garam....sesuaikan ikut rasa. Akhir sekali sebelum tutup api masukkan daun sup. Sedia untuk dihidangBahan2 Nasi
NASI AYAM
3 cawan beras (ikut suka la kan)
Air rebusan ayam
1 batang serai dititik
1 helai daun pandan
*** 1 senduk mentega
*** 2 kuntum bunga lawang
*** 4 biji bunga cengkih
*** 1 kulit kayu manis
*** 4 biji buah pelaga
2 ulas bawang putih di tumbuk bersama halia sebesar ibu jari
Cara2
Tumiskan mentega, setelah cair masukkan bahan ditumbuk. Setelah wangi masukkan bahan2***. Tumiskan seketika. Kemudian masukkan bahan tumisan ini ke atas beras yang telah dibasuh & dimasukkan bersama serai dan daun pandan. Kemudian masukkan air rebusan sesuaikan seperti masak nasi biasa.
AYAM
3 sudu besar madu
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar minyak bijan
Campur bahan semuanya dan perap la sekurang2nya 2 jam.....Kemudian goreng tapi jaga2 jangan sampai hangus
SOS
4 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 senduk bulat air rebusan secubit garam dan gula
Sedikit cuka (sesuaikan ikut rasa)
Blen bahan kesemuanya...then masak la atas api...didihkan seketika....tutup api
SOS KICAP
1 senduk bulat air rebusan
1 sudu kecil minyak bijan
4 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap masin
Campurkan semuanya dan sesuaikan ikut rasa
Ok sedia untuk dimakan ye......sori la snap masa tengah bersiap.......

Wednesday, February 10, 2010

Citer Adam


Ni kisahnya berlaku minggu lepas....aku amik EL (cuti kecemasan). Sebab? sebab sejak adam masuk PASTI (Tadika) aku tak pernah pi hantar & jemput dia macam ibu2 yang lain.....huhuhuhu sedihnya......Nak buat camana dah takde maid kan.....dah tu bukan housewife....sekali tu adam tetiba je cakap kat aku.

Adam : "Mama.....dah lama mama tak hantar dan amik Adam kat PASTI.....macam mak-mak kawan Adam yang lain tu...."

Aku : "terkedu seketika........" "Mama depa kan tak keja macam mama, tempat keje mama jauh...."

Adam: " oooo....Mak depa semua keje dekat-dekat ye......"

Aku: " dalam hati.....sedihnya...huhuhuhuhu....."

Tu la kisahnya, rentetan tu aku pun amik keputusan amik cuti.....Hari tu aku pi hantar & amik Adam di PASTI.....alkisahnya....punya la hepi muka dia....dia yang paling depan masa tunggu waktu balik depan pintu PASTI.....para ibu2 yang menunggu anak depa pun siap tanya lagi...."oooo ni ka mak Adam"....huhuhuhuhu....nampak sangat la aku ni tak pernah hantar Adam....selama ni drop dia kat TASKA, pastu pihak TASKA akan hantar Adam ke PASTI....tak jauh mana pun jalan kaki je....TASKA dok berdepan ngan PASTI tu......

Yang pasti dalam nak mengejar kehidupan yang selesa, kadang2 kita terpaksa berkorban sesuatu, contohnya cam masa ngan anak2.....tapi yang penting kita semua kena la bersyukur kan.....Mama doakan semoga Adam menjadi anak yang soleh, sentiasa dimurahkan rezeki & berjaya dalam apa juga yang Adam lakukan.....amin.....


Balik tu singgah bawak adam makan nasi ayam.....seronok dia....

Monday, February 8, 2010

Nasi Lemak & Sambal Tumis Ikan Bilis

Hubby request nak makan nasi lemak Ahad lepas....so aku pun masak la....pastu sambal tumis ikan bilis ada lebih....kalau nak simpan untuk makan hari ni sure tak habis punya.....jalan terbaik di samping blh la dapat pahala kan.....aku bawak je kat office, untuk itu aku kena la masak nasi lemak lain pulak......untuk kengkawan opis.....

Nasi Lemak

Bahan2
2 pot beras (bekas std rice cooker tu)
santan (RM1)
1/3 bawang besar
2 inci halia
1 helai daun pandan

Cara:
Basuh beras bersih2,. Kemudian masukkan kesemua santan yang telah diperah sehingga cukup untuk sukatan beras 2 pot tadi. Masukkan bawang, halia, daun pandan & garam sedikit. Pastu on kan rice cooker...tunggu sampai masak.



Ni rupa dia...hahahhah cam la orang tak kenai nasi lemak ekk....


Sambal Tumis Ikan Bilis

Bahan2
Segenggam ikan bilis yang telah digoreng

***1 1/2 biji bawang besar
***10-12 tangkai cili kering
***sedikit belacan
***2 ulas bawang putih
(kesemua bahan *** diblen hingga halus)

3 sudu besar santan pekat
1 sudu besar asam jawa dibancuh dengan sedikit air (pati asam jawa ADABI yang tiada biji)

1 biji bawang besar dipotong bulat

Cara2
Tumiskan bahan blen hingga pecah minyak @ garing. Masukkan 2 @ 3 sudu pati santan, tumiskan sebentar. Masukkan gula, garam & perasa jika mahu. Masukkan air pati asam jawa tadi. (masukkan air asam jawa mengikut banyak kuah yang diingini). Masukkan bawang besar yang dipotong bulat tadi. Biarkan seketika, kemudian masukkan ikan bilis yang telah digoreng. Sesuaikan rasa....sedia untuk dihidang.....

Tara....ni dah masuk dalam tupperware...lupa nak snap masa masak....
Ok selamat menjamu selera ye kengkawan.....
Timun x sempat nak potong, bawak je la sebijik....

Tuesday, February 2, 2010

Ikan Siakap 3 Rasa


Bahan2

***4 ulas bwg putih
*** 1 biji bwg besar
***5-6 tangkai cili kering
***sedikit halia
***2 btg serai (saiz kecil)
***Kesemua bahan dikisar hingga halus


Ikan siakap saiz sederhana
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 1/2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar sos ikan
2 biji tomato dibelah 4
cili padi
daun sup


Cara2

Goreng ikan siakap hingga garing. Angkat & ketepikan

Tumiskan bahan kisar hingga naik bau. masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, sos ikan dan buah tomato. Setelah agak garing sesuaikan rasa masukkan sedikit gula, garam & perasa jika mahu....setelah itu, curahkan kuah ke atas ikan siakap tadi...taburkan bersama cili padi dan daun sup...ok selamat mencuba

goreng hingga garing...then ketepikan

Masakkan kuahnya pula

Pastu curah atas ikan tadi...



sebab aku suka pedas...so tabur je cilipadi & daun sup...siapa yang suka nenas boleh tabur atas ikan atau masukkan nenas waktu masak kuah....

Kek Pisang Kukus

Bahan2
***2 cawan tepung gandum
***1 sudu teh soda bikarbonat
***1 sudu teh baking powder
***kesemua bahan diayak bersama


2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 cawan minyak masak
3/4 gula
1 cawan pisang emas yang sudah dilenyek

Cara2
Pukul telur, masukkan gula. setelah gula sebati, masukkan pisang dan esen vanilla. Kacau ia seketika. Masukkan minyak, kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Masukkan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak.....


sori la kengkawan opis...ingatkan nak bawak mai opis tapi habissss....insyaallah nanti aku buat lain la.....

Sup Siam (Daging)

Bahan2
**3 Ulas bwg putih
**1 biji bwg besar
**1 inci halia
** ditumbuk hingga halus
daging
2 biji ubi kentang
sedikit bunga kobis
1/2 batang carrot
perencah sup siam adabi
daun saderi
daun sup

Cara2
Tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan 1 liter air, daging, carrot & kentang. Setelah daging empuk, masukkan bunga kobis dan daun saderi. Biarkan seketika. Masukkan perencah sup dan sesuaikan rasa dengan garam. Akhir sekali tutup api & masukkan daun sup. Sedia untuk dimakan.....
Ni la dia perencah sup siam ADABI...sebab ramai yang tanya....

Ok sedia untuk dimakan...antara makanan favourite hubby...
Related Posts with Thumbnails