Thursday, January 21, 2010

Nasi Goreng Kampung Kangkung

Menu malam tadi ye makanan favourite hubby...sangat sukakan nasi goreng kampung.....

Bahan2 (untuk ditumbuk sehingga halus tanpa gunakan air, guna lesung batu ye)
2 ulas bawang putih
7 biji cili padi
sedikit belacan (anggaran 1 inci)
1 biji bawang besar
garam

Nasi 2 1/2 cawan (nasi yang telah disejukkan)
sayur kangkung
segenggam ikan bilis (yang telah digoreng garing)
perasa

Cara2
Tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi. Masukkan perasa. Setelah bahan tumisan garing, masukkan nasi, sebatikan. kemudian masukkan ikan bilis dan sayur kangkung tadi. Rasa ikut cukup rasa masinnya. Sedia untuk dihidang. Sedap makan waktu panas sebab ikan bilis still garing.


Masa tengah menggoreng dalam kuali
close up dekat sket....

transfer la dalam pinggan pulak

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails