Monday, July 9, 2012

Menu kicap kicap dan kicap

Macam biasa hubby request nak makan tapi kat rumah je...Maksudnya aku kena masak la...ok noted...isteri solehah yang menurut perintah (hehe puji diri sendiri jangan mare ekk). Menu simple je...bahan utama KICAP!!!...macam biasa di guide oleh buku RESEPI 1 hari 1 menu by Chef Hanieliza...memang gerenti jadi...yang penting kita sesuaikan dengan rasa kita...


Daging kicap bersama kentang dan bendi


                 

**1 biji bawang besar dihiris
**1 ulas bawang putih
**seinci halia
2 biji cili merah dipotong kasar
kicap
daging lembu RM5 (ikut suka tak tau gm...hehe)
2 sudu besar sos tomato
2 biji ubi kentang (dibelah 6...ikut suka nak belah berapa)
7-10 biji bendi

Cara2
Tumis bahan2 ** sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging, ubi kentang dan air. Biar daging sehingga lembut. Kemudian masukkan sos, bendi, cili merah dan kicap (anggaran kicap 1/2 cawan, ikut kepekatan kuah yang anda mahukan). Masukkan garam secukup rasa jika perlu. Sedia untuk dimakan.


Telur masak kicap




                 

4 biji telur goreng mata kerbau
**1 1/2 biji bawang besar dipotong kasar
**1 ulas bawang putih
**1 inci halia
**2 biji cili merah (kalau nak pedas guna cili padi)
2 sudu besar sos tomato
1/2 cawan kicap

Cara2
Tumiskan bahan ** hingga layu. Kemudian masukkan kicap dan sos. Perasakan dengan garam jika perlu sebab kicap tu dah masin. Lastly pourkan ke atas telur yang telah digoreng tadi. Sedap dimakan dengan nasi panas2....

Selamat mencuba!!!!

Monday, July 2, 2012

Chicken Chop Black Pepper

As Salam semua,


                       


Dah lama tak updates resepi. Sabtu lepas Adam request nak makan chicken chop tapi nak mama yang masak...wah...permintaan melambung2...ok2 akan cuba dipenuhi. So aku pun apa lagi.... buka la buku resepi yang ada aku beli tajuknya "365 resepi, 1 hari 1 resepi by Chef Hanieliza" . Wajib beli tau..boleh la jadi guide kita...aku adjust mengikut citarasa aku la...hehehe...

Jom intai resepi...

Bahan2
2 keping paha ayam (yang dibuang tulangnya)
2 sudu teh serbuk lada putih
4 sudu besar tepung serba guna (aku guna perisa kentucy perisa asli cap NONA)
***nak guna brand lain pun boleh

1 biji bawang besar didadu kecil
1 ulas bawang putih didadu kecil
2 sudu kecil serbuk lada hitam (nak letak lebih pun boleh ikut selera)
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap manis
1 kiub pati ayam (aku guna cap knor)
1 sudu kecil tepung jagung yang dibancuh dengan air (ikut kepekatan kuah yang anda mahukan)
air stok ayam
garam dan gula secukup rasa

CARA2
Ayam dibuang tulang dan diperap bersama lada putih. Ketepikan. Rebus tulang ayam untuk dapatkan stok ayam. Biarkan ia di dalam mangkuk. 

Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Masukkan air rebusan ayam tadi bersama kiub pati ayam, sos dan kicap. Sesuaikan rasa, masukkan garam dan gula. Akhir sekali masukkan air bancuhan tepung jagung tadi mengikut tahap kepekatan kuah atau sos black pepper yang anda mahukan.

Untuk ayam pula, golekkan ayam yg telah diperap ke atas tepung serbaguna tadi. Goreng di atas minyak yang panas sehingga masak (jangan garing sangat nanti ayam keras pulak...)

Then pourkan kuah sos black pepper tadi ke atas ayam yang telah siap digoreng. Hidangkan bersama mayonis dan kentang goreng. Sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba!!!

Thursday, June 21, 2012

Kisahnya Adam

Pagi ni seperti biasa menyiapkan diri untuk bekerja dan menghantar Adam ke sekolah. Tengok jam di tangan masih awal lagi. Alhamdulillah so hari ni mesti tak rushing on the road kan. Tiba2 on the way dalam 10 minit perjalanan telah terbuang.....mata aku ni beralih ke kaki Adam. Aku rasa nak menjerit sekuat hati....

Aku: "Adam....mana kasut sekolah?" (cuba bertenang mungkin adam ada bawak ada la bawah2 kaki dia kot)
Adam: "ala...mama...Adam lupa la...." (dengan nada rileks dan cool dia membelek kaki dia yang sedang pakai kasut angry birdnya....)

huhuhuu...angry betul aku terutamanya pada kasut angry bird dia tu.....aku pun apa lagi terjerit la...sebabnya dah la rumah jauh....patah balik...so hari ni aku kena guna laluan highway dan tidak menjadi pemandu berhemah sangat memecut 120km/j tu....takut puch card merah....soooorrriii Adam....

Moralnya kepada aku lepas ni kena tengok Adam from top to the end. Complete set ke sekolah baru masuk kereta...




Tuesday, June 19, 2012

Majlis Penyampaian Hadiah Adam


Assalammualaikum kepada semua yang sudi menjengah blog aku yang dah begitu lama terbiar. 

Entry kali ni sebab nak simpan sweet memories of Adam bagi Tahun 1. Memang ada letak post ni dalam FB. Tapi aku tak upload gambar banyak2. Aku simpan dalam blog je la...luahan aku..sebab aku rasa (ni yang aku rasa tau!) aku rasa...bukan ramai yg baca blog aku berbanding dalam FB. Nanti jatuh riak la pulak kan...

Tak bermaksud begitu cuma excited nak kongsi berita gembira tu je...Prestasi Adam menurun sebenarnya kalau nak dibandingkan waktu di Tadika PASTI...tapi aku tetap bersyukur. Bak kata kawan aku "kita kena bagi sokongan dan dorongan supaya anak rasa dihargai"...ada benarnya. Adam di dalam kelas no.2 di Sek Keb Pauh Jaya yang mempunyai 6 buah kelas. Bilangan murid Tahun 1 lebih kurang 200 orang (anggaran aku je yek...kalau salah MAAF!!!).

Dan yang sebenarnya Adam bukan dapat no.1 di dalam kelas...cuma no.5 je....dan kedudukan Adam bagi keseluruhan Tahun 1 no ke????? cuba teka????....huhuhuhu...no.21 tau!...Cara sek ni ialah 25 pelajar terbaik bagi setiap Tahun1/2/3/4/5 & 6 akan terima piala dan sijil....

Walaupun begitu, aku tetap bersyukur...sebab Adam bukan la seorang budak yang rajin di rumah. Kalau boleh 24jam masanya adalah di depan TV! huhuhuhu....so bila baru2 ni Adam bagitahu yang dia dapat 100 dalam matapelajaran tertentu...aku & hubby tertanya2 masa bila Adam ni belajar??? dan kami minta proof...ceh...nak evidence la pulak kan...sampai la masa cikgu panggil mak ayah ke sekolah...masa tu pun aku taktau lagi nak kena tengok kad laporan...sampai masuk ke kelas baru aku tahu...huhhu (1st timer la katakan...) 

Masa tu cikgu just bagi tengok markah anak kita je...yang lain2 ditutup dan dirahsiakan (memang betul la kan tindakan tu...) Lepas tu aku tengok Adam dapat C untuk subjek SENI....huhuhu...aku tanya Cikgu...Jawapan cikgu: Adam ni MALAS nak habiskan mewarna....huhuuhuhu...sebenarnya aku rasa dia ikut genetik aku & hubby yang memang FAIL bab2 SENI ni...cewah...nak salahkan genetik la pulak...

Ok la apa2 pun Tahun 1 ni Adam berjaya naik pentas....Aku harap Adam akan sentiasa berjaya naik pentas dari Tahun 1 hingga ke Tahun seterusnya (amin...)...kerana subjek serta tekanan yang menanti getting tougher and tougher dan budak yang pandai sekarang tidak terkira...itu adalah realitinya...

Panjang pulak entry kali ni...thanks kerana SUDI baca LUAHAN seorang MAMA MURID TAHUN 1







Related Posts with Thumbnails